DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG BAB KESEMBILAN: SUMBER KEHIDUPAN JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
BAB KESEMBILAN:
SUMBER KEHIDUPAN JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW.
[ Junjungan Mulia Rasulullah SAW makan sampai kenyang hanya pada waktu "Dhihaf" (Jemputan makan) ]
[ Part 4 ]
Di dalam riwayat yang telah dinukilkan oleh Sayidina Qeis bin Abu Hazm r.hu. katanya:
"Aku telah mendengar Sa'ad bin Abi Waqas berkata: "Aku adalah orang lelaki yang pertama-tama sekali menumpahkan darah di jalan ALLAH Azza wa Jalla. Dan sesungguhnya aku adalah orang lelaki yang pertama sekali memanah dengan anak panah di jalan ALLAH. Pernah aku keluar berghuzwah bersama-sama dengan sekumpulan sahabat-sahabat Muhammad SAW, kami tidak makan apa-apapun melainkan daun-daun kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berduri, sehinggakan salah seorang dari kami akan mengeluarkan najis seumpama najis kambing dan unta. Bani Asad telah mencela aku kerana aku mengikuti agama Muhammad dan sesungguhnya telah mengalami kerugian dan kekecewaan lantaran amalanku yang sia-sia."
Sayidina 'Amr bin Isa Abu Na'amah r.hu. telah berkata:
"Aku telah mendengar Khalid bin Umair dan Syuwais Abir Ruqad berkata: "Umar bin Al-Khattab r.hu. telah mengutus 'Utbah bin Ghuzwan dalam satu jemaah, beliau telah berkata 'Utbah: "Pergilah kamu sehingga kamu sampai ke negeri Arab yang terjauh sekali dan yang menghampiri negeri Ajam (bukan Arab)." Merekapun pergi hinggalah mereka sampai di Marbad. Mereka telah menjumpai batu-batu kerikil yang berlubang-lubang (akibat hakisan). Ada di antara mereka bertanya: "Negeri apakah ini?" Lalu dijawab: "Ini adalah Basrah." Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai di pergunungan Al-Jisr As-Soghir. Merekapun berkata: "Di sinilah, kita diperintahkan supaya berhenti." Lalu dinukilkan hadis dengan panjang lebarnya. 'Utbah pun berkata: "Aku telah mengalami satu peristiwa di mana aku adalah sahabat yang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kami tidak mempunyai sebarang makananpun melainkan daun-daun kayu yang kami mamah sehingga bibir-bibir kami luka kerananya. Aku telah mempunyai sehelai kain selimut yang aku bahagikan dua, antaraku dan Sa'ad. Tiada seorangpun di antara ketujuh-tujuh di kalangan kami, melainkan kesemuanya telah menjadi amir-amir di kota-kota besar dan kamu sekalian pasti sekali akan dapat membuat perbandingan dengan amir-amir selepas kami."
#JomSelawat
#PrayforUighur
#PrayforRohigya
#PrayforPalestine
#AdakahAndaSudahSelawatHariIni?
#ILoveRasulSAW
#CintaRasulSAW
#KenalUntukCinta
#InginKuBalasCintaMuYaRasulullahSAW
#UlamaPewarisNabiSAW
#RasulullahSAWIdolaKu
#SunnahCaraKehidupan
Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan untuk meraih cinta dan kasih sayang ALLAH SWT dan Rasul-Nya Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan untuk memupuk perasaan cinta dan rindu kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya Junjungan Besar Rasulullah SAW di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan untuk mengamalkan segala Sunnah Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian kita semoga dengannya kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan ALLAH SWT di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan untuk dikumpulkan bersama-sama dengan pada pencinta Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dan kekasih yang sejati Junjungan Mulia Rasulullah SAW di dunia dan di akhirat.
Allahuma sholi 'ala sayidina
Muhammad nabiyil umiyi wa'alihi wa shobihi wa salim.
اللَّهُــــــــمّ صَــــــلے و سَلّـــــم علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى الـــــــه وصـحبه و سَلّـــــم
Inshaa ALLAH SWT. Aamiin Allahuma Aamiin. 😊😊😊
Dipetik dari buku Syamaa'il Muhammad SAW: Keperibadian & Budipekerti Rasulullah SAW. Dikemaskini dari buku asal bertajuk "Insan Teladan Sepanjang Zaman" Riwayat Imam At-Tarmizi r.hm. yang Disusun oleh Mufti Ahmed Ebrahim Bemat r.hm, Diselenggara oleh Sheikh Muhammad Zakariyya r.hm dan Diterjemah oleh Abdul Aziz Abdul Hamid r.hm.

Komentar
Posting Komentar